20–21 Aug 2024
Asia/Kuala_Lumpur timezone

PENDANAAN AWAM ISLAMIK SEBAGAI SUMBER KEWANGAN ALTERNATIF UNTUK MEMBANTU USAHAWAN B40 DI TERENGGANU

Not scheduled
3h
Pembangunan Bakat Universiti Sesi Pembentangan Selari

Speaker

NOOR MIZAN ARIFIN (MRS.)

Description

Seperti di kebanyakkan tempat di seluruh dunia, pandemik Covid 19 telah memberi kesan kepada rakyat negeri Terengganu. Sektor perniagaan kecil-kecilan dilihat sebagai sumber pendapatan baru isi rumah terutamanya buat mereka yang kehilangan pekerjaan. Dalam hal ini potensi pendanaan awam perlu diterokai selari dengan kemajuan teknologi maklumat. Pendanaan awam kini menjadi salah satu bentuk pembiayaan popular terutamanya di negara barat. Berkonsepkan pengumpulan dana melalui internet, ia terbukti berkesan dalam membantu usahawan baharu golongan B40. Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah model pendanaan awam patuh Shari’ah, dikenali sebagai SyababFund-i. Sistem digital ini berpotensi bukan hanya membantu usahawan muda mendapatkan modal perniagaan, ia turut berperanan sebagai medium mempromosikan produk serta projek mereka. Kajian ini berasaskan kaedah kualitatif. Pengkaji akan memulakan dengan menilai literatur berkaitan pendanaan awam dan sejauh mana ia menyumbang kepada pembangunan usahawan dalam mendapatkan dana. Untuk peringkat kedua, kajian lapangan akan mengaplikasi kaedah temubual dengan pakar-pakar yang berkaitan. Seterusnya, metode yang digunakan ialah perbincangan kumpulan fokus. Antara hasil kajian ini ialah mengenalpasti sejauh mana pendanaan awam dapat menjadi alternatif pembiayaan praktikal untuk usahawan B40. Seterusnya mengkaji sejauh mana kontrak-kontrak dan instrumen-instrumen patuh Shari’ah boleh diaplikasi sebagai pendanaan awam, dan akhirnya dapat membangunkan satupelantar fund-i sebagai model pendanaan awam yang efisyen dan telus untuk para usahawan B40. Berkonsepkan teknologi kewangan (Fintech), sistem ini lebih bersifat telus, sekaligus mampu meyakinkan para penyumbang untuk menyumbang dengan lebih efisyen. Seterusnya pengkaji berharap agar model ini dapat membantu usahawan B40 khususnya di Terengganu sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat.
Kata kunci: Pendanaan awam, sumber kewangan, teknologi kewangan

Primary author

NOOR MIZAN ARIFIN (MRS.)

Presentation materials

There are no materials yet.