20–21 Aug 2024
Asia/Kuala_Lumpur timezone

Keperibadian Individu dalam Mencipta Kebahagiaan di Organisasi: Kajian Kes Staf Pelaksana UKM

Not scheduled
3h
Pembangunan Bakat Universiti Sesi Pembentangan Selari

Speaker

Dr Khadijah Alavi (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Description

Keperibadian Individu dalam Mencipta Kebahagiaan di Organisasi:
Kajian Kes Staf Pelaksana UKM

Khadijah Alavi, Fatimah Othman, Hafizah Sa’don,
Nazuha Hassan & Zanudin Mohd. Daud
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK
Kebahagiaan di tempat kerja merupakan faktor penting dalam meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan staf. Kajian ini mengkaji bagaimana ciri-ciri keperibadian individu mempengaruhi penciptaan dan pengekalan kebahagiaan dalam organisasi. Keperibadian individu memainkan peranan yang penting dalam menentukan cara mengekspresikan kebahagiaan di tempat kerja daripada konstruk pengalaman hidup mereka. Reka bentuk kajian ini menggunakan kualitatif interpretif menggunakan pendekatan kajian kes. Teori lima faktor keperibadian telah mendasari kajian ini bagi menganalisis bagaimana ciri-ciri keperibadian individu berkait dengan kebahagiaan staf Pelaksana di UKM. Data diperoleh melalui temu bual bersama 19 peserta kajian dalam kalangan staf pelaksana UKM dari pelbagai skim perkhidmatan di Kampus Bangi, Cheras dan Kuala Lumpur. Hasil kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri keperibadian individu iaitu kestabilan emosi, ekstroversi, kesesuaian, dan keterbukaan kepada pengalaman memainkan peranan penting dalam mewujudkan kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kalangan staf Pelaksana. Budaya organisasi juga didapati mempengaruhi keperibadian staf dan seterusnya mewujudkan kesejahteraan dan kebahagiaan di tempat kerja. Budaya organisasi yang berbeza dapat mempengaruhi cara individu mengalami kebahagiaan dan bagaimana pengalaman hidup mampu mengubah keperibadian mereka berinteraksi dengan lingkungan kerja. Dari segi implikasi praktikal, Pengurus Sumber Manusia dan pembuat dasar dapat memahami keperibadian staf melalui beberapa kaedah strategi pembangunan organisasi antaranya melalui proses pengambilan staf, pembangunan kerjaya dan pengurusan konflik di tempat kerja untuk peningkatan kebahagiaan dan produktiviti staf pelaksana di UKM.

Kata Kunci: Kebahagiaan, Keperibadian, Ekstroversi, Kestabilan Emosi, Organisasi, Produktiviti

Primary author

Dr Khadijah Alavi (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Co-authors

Mrs Fatimah Othman Ms Hafizah Sa'don (Universiti Kebangsaan Malaysia) Mrs Nazuha Hassan (Universiti Kebangsaan Malaysia) Mr Zanudin Mohd Daud (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Presentation materials

There are no materials yet.