20–21 Aug 2024
Asia/Kuala_Lumpur timezone

Kecekapan Pengurusan Akaun Belum Terima, Pemangkin Kelestarian Kewangan Universiti

Not scheduled
3h
Kelestarian dalam Pengurusan Universiti Sesi Pembentangan Selari

Speaker

Mrs SURAYA ABDUL HAMID (UKM)

Description

Hutang atau terma perakaunannya adalah Akaun Belum Terima (ABT) merupakan komponen hasil dalam laporan kewangan dan perakaunan yang perlu diurus dengan cekap. Berdasarkan konsep perakaunan akruan yang digunapakai oleh universiti awam(UA), ABT akan diiktiraf dengan pengeluaran invois/bil kepada pelanggan setelah produk/perkhidmatan diberikan dan bayaran akan diterima dalam tempoh kredit yang ditetapkan. Namun, invois/bil ini berisiko untuk tidak dibayar mengikut tempoh kredit sehingga tertunggak dan berkemungkinan menjadi hutang lapuk. Berdasarkan laporan KPT, jumlah ABT UA sehingga 31 Mac 2024 adalah RM515.2 juta. Kajian ini bertujuan untuk melihat kecekapan pengurusan ABT UA bagi mengurangkan nilai ABT tidak kurang daripada 4% setahun seperti mana yang ditetapkan oleh KPT, masalah dan strategi UA untuk mencapai KPI ini. Kesemua pegawai kawalan kredit dan hasil daripada 20 UA terlibat dalam kajian ini. Laporan ABT UA tahun 2023 dan 2024 secara sukuan mengikut Pekeliling Perbendaharaan WP10.6 digunakan sebagai instrumen kajian. Setiap UA juga perlu mengemukakan perincian strategi/kawalan yang dilaksanakan untuk mengawal kedudukan ABT masing-masing. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati kecekapan pengurusan ABT UA adalah di tahap sederhana. Terdapat faktor dalaman yang mewujudkan ketirisan kutipan ABT seperti pengeluaran dan pemantauan invois secara manual. Faktor luaran seperti pasca covid, teknologi disruptif, kenaikan harga barang memberi kesan domino kepada penyewa apabila tidak memperolehi hasil yang dirancang hingga menganggu bayaran sewa. Namun, semua UA berupaya mengembling idea dan inisiatif yang berinovasi, efisien serta efektif untuk tambahbaik pengurusan ABT. Manakala, kes ABT yang memberi kesan siginifikan kepada nilai ABT adalah kes pecah kontrak kakitangan UA kerana tuntutan ganti rugi yang tinggi boleh mencecah RM300,000 seorang.

Kata kunci: akaun belum terima/ABT, hutang, masalah

Primary author

Mrs SURAYA ABDUL HAMID (UKM)

Co-authors

Dalila Md Idris (UM) Mazitah Ahmad (UPM)

Presentation materials

There are no materials yet.