20–21 Aug 2024
Asia/Kuala_Lumpur timezone

FUTURE-DRIVEN NOMENCLATURE UNIVERSITI MALAYA

Not scheduled
3h
Kelestarian dalam Pengurusan Universiti Sesi Pembentangan Selari

Speaker

Rumiza Ahmad (Puan)

Description

Dalam era moden yang semakin kompleks dan dinamik, modal insan diiktiraf sebagai aset utama untuk kejayaan organisasi. Kajian ini bertujuan untuk membangun carta organisasi dengan mengambil kira dua komponen penting: struktur dan persekitaran. Komponen struktur merangkumi aspek seperti prosedur, kompleksiti, had kuasa, pengkhususan, piawaian, hierarki kuasa, dan nisbah kakitangan, yang mempengaruhi cara kerja dibahagikan dan aliran kuasa dalam organisasi. Manakala, komponen persekitaran melibatkan saiz organisasi, kapasiti sumber, keadaan persekitaran luar, dan fungsi jabatan yang mempengaruhi operasi dan strategi. Kajian ini difokuskan kepada struktur organisasi dalam konteks universiti. Berdasarkan analisis, nomenklatur struktur organisasi yang terdiri daripada tujuh tier telah dibangunkan. Setiap tier memberi panduan jelas mengenai kuasa melantik bagi jawatan pentadbiran, kompleksiti, dan kapasiti yang berbeza. Nomenklatur ini dibahagikan kepada tiga entiti utama: entiti akademik, entiti perkhidmatan & pentadbiran, dan entiti penyelidikan. Dengan menggunakan nomenklatur ini, satu carta organisasi yang berasaskan tier telah dihasilkan, yang menggambarkan pengurusan kuasa dan peranan secara sistematik. Struktur organisasi ini membantu memastikan bahawa universiti berfungsi dengan teratur dan berkesan dalam mencapai matlamatnya. Penemuan ini menunjukkan bahawa pendekatan carta organisasi berdasarkan tier dapat meningkatkan pemahaman dan kecekapan dalam pengurusan dan penyelarasan di institusi pendidikan tinggi.

Kata kunci: Modal insan, struktur organisasi, tier, carta organisasi, nomenklatur struktur, universiti.

Primary author

Rumiza Ahmad (Puan)

Co-authors

Mrs Junainah Jamaluddin (Puan) Mr Mohd Hairil Zainal Abidin (Encik) Mrs Norhasliza Abu Hasan (Puan) Nurulhana Shamsuddin (Puan)

Presentation materials

There are no materials yet.