20–21 Aug 2024
Asia/Kuala_Lumpur timezone

Locate 2.0: Penggunaan Video 360 dalam penjejakan lokasi suis rangkaian di UUM

Not scheduled
3h
Inovasi dalam pengurusan pentadbiran Sesi Pembentangan Selari

Speaker

Mr MOHD SOLEHHUDDIN AB MUTALIB

Description

Locate 2.0: Penggunaan Video 360 dalam penjejakan lokasi suis rangkaian di UUM

Budaya inovasi dan kreatif adalah elemen penting dalam organisasi awam masa kini. Ianya merupakan satu budaya yang diamalkan bagi memastikan penyampaian sektor awam mencapai status organisasi bertaraf dunia. Budaya ini telah diterapkan oleh pengurusan UUMIT kepada semua kakitangannya bagi memastikan budaya penciptaan dan inovasi dapat diteruskan dari masa ke masa. Projek ini merupakan projek yang dibangunkan secara dalaman di UUMIT. Projek Locate 2.0 ini dibangunkan menggunakan teknologi Virtual Tour 360 yang membolehkan staf mengenalpasti keberadaan lokasi suis rangkaian pada persekitaran sebenar. Teknologi ini membolehkan kita melihat lokasi suis rangkaian daripada mana-mana perspektif yang dikehendaki untuk mendapat gambaran awal serta membuat persediaan sebelum ke lokasi tersebut. Aplikasi Locate 2.0 memberi gambaran yang lebih jelas keadaan sebenar lokasi serta maklumat peralatan terperinci yang diperlukan. Oleh itu, persediaan awal peralatan dapat dilakukan. Hal ini menjimatkan masa dan tenaga staf yang berkaitan dalam menyelesaikan aduan rangkaian. Dengan adanya nilai tambah ini, lokasi suis rangkaian di seluruh kampus UUM dapat dikenalpasti dengan lebih cepat dan tepat seolah-olah berada di lokasi sebenar. Aplikasi Locate 2.0 ini telah berjaya menyumbang kepada peningkatan mutu kerja yang lebih berkualiti dan tahap fokus staf yang lebih efisien. Pelaksanaan projek ini telah memberi impak ketara dan positif kepada staf dan jabatan dalam meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan tenaga kerja. Justeru itu, aduan rangkaian dapat diselesaikan dengan segera dan memenuhi keperluan pelanggan. Justeru itu, ianya meningkatkan kualiti perkhidmatan dan imej jabatan.

Keyword: Video 360,Virtual Tour, VPN, Teknologi

Primary author

Mr MOHD SOLEHHUDDIN AB MUTALIB

Presentation materials