20–21 Aug 2024
Asia/Kuala_Lumpur timezone

PENULISAN DAN PENERBITAN BUKU PRAGMATIS UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Not scheduled
3h
Inovasi dalam pengurusan pentadbiran Sesi Pembentangan Selari

Speaker

Mrs Nur Zahidah Zulkefli

Description

Sebagai salah satu agenda pemerkasaan pentadbir universiti, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) amat menggalakkan pentadbir USIM untuk terlibat dalam bidang penulisan. Penulisan oleh pentadbir ini dibuat sama ada secara individu atau berkumpulan melalui kerjasama dengan Penerbit USIM. Sebagai tonggak pentadbir universiti, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Sains Islam Malaysia (PRAGMATIS) memainkan peranan utama bagi memberi galakan serta perangsang untuk para pentadbir menulis sama ada dalam bentuk buku, artikel jurnal dan juga landasan-landasan yang lain. Antara karya yang telah berjaya dihasilkan oleh pentadbir USIM seperti buku tulisan Ketua Pustakawan USIM, Puan Nor Azzah Momin iaitu Catatan Perjalanan ‘Visiting Librarian’ di Universiti Deakin, Melbourne, Australia. Manakala buku yang ditulis secara berkumpulan seperti Amalan Terbaik Pengurusan Universiti yang dihasilkan daripada kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar PRAGMATIS dan geran penyelidikan untuk pentadbir USIM. Selain itu, PRAGMATIS juga telah berjaya menerbitkan buku bertajuk ‘Masak Lomak Cili Api’ dan ‘Rendang Maman Itik Salai’ yang merupakan kompilasi penulisan memoir dan anekdot pentadbir di USIM. Perkongsian dalam penulisan dan penerbitan buku oleh pihak pentadbir USIM ini diharapkan dapat membantu memberikan motivasi kepada pentadbir universiti awam untuk bergiat aktif dalam bidang penulisan di samping menjalankan tugas hakiki sebagai pentadbir.

Katakunci: Penulisan, Penerbitan, Pentadbir

Primary authors

HARIZA MOHD YUSOF Mrs Intan Zurina Md Naain MOHD ASRI HUSAIN Mrs Marsita Md Nor Dr Mohd Helmi Masor @ Mansor Mr Muhammad Rahmat Abdullah Mrs Nur Zahidah Zulkefli

Presentation materials

There are no materials yet.