Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2024

Asia/Kuala_Lumpur
Double Tree Resort Pulau Pinang
Description

Bersempena dengan sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2024, Majlis Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas Malaysia (MASTI) bersama Persatuan Pegawai Tadbir & Ithtisas Universiti Malaysia Perlis (POTENSI) akan menganjurkan Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2024 (KPUA24). Konvensyen ini merupakan konvensyen yang diadakan buat kali ke 4 sejak 2016.

Pada tahun ini Konvensyen Pentadbir Universiti Awam adalah bertemakan "Keterlihatan & Keterampilan Bakat Pemangkin Kecemerlangan Pentadbir MADANI"

Pihak MASTI menjemput semua pentadbir universiti untuk berkongsi inovasi dan amalan terbaik dalam organisasi anda untuk kita bersama berkongsi manafaat dan idea untuk bersama meningkatkan proses pentadbiran dan penyampaian.

Skop Kertas Kerja :

Terbuka yang menjurus kepada Inovasi dan Amalan Terbaik dalam Pengurusan dan tadbir urus

  • Pembangunan Bakat Universiti
  • Inovasi dalam pengurusan pentadbiran
  • Kelestarian dalam Pengurusan Universiti

 

Sasaran Peserta:

Terbuka kepada staf Pengurusan & Profesional (PPP) Universiti/Institusi Pendidikan Tinggi Awam mahupun Swasta.

Tarikh Tarikh Penting

  • Tarikh Tutup Penghantaran Abstrak : 1 Ogos 2024
  • Tarikh Tutup Penghantaran Kertas Kerja : 15 Ogos 2024
Registration
Borang Pendaftaran Pembentang Kertas Kerja
Urusetia