- Indico style
- Indico style - inline minutes
- Indico style - numbered
- Indico style - numbered + minutes
- Indico Weeks View
Konvensyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Institusi Pendidikan Tinggi 2024 merupakan konvensyen yang kali pertama dianjurkan oleh Majlis Bersama Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Institusi Pengajian Tinggi/Institusi Pembangunan dan Penyelidikan Malaysia (MBKKP IPT/IPP Malaysia). Kovensyen ini diadakan bagi mengumpulkan semua profesional KKP yang menjalankan tugas mengurus risiko KKP didalam kampus.
Ini bertujuan untuk menggalakkan proses perkongsian disemua kampus yang berkongsi aktiviti dan risiko yang sama yang wujud melalui pengajaran & pembelajaran serta penyelidikan.
Konvensyen ini akan dijalankan selama 2 hari yang dipenuhi dengan aktiviti pembentangan kertas kerja oleh profesional, bengkel perbincangan dan pameran. Terdapat 3 skop perbincangan iaitu Keselamatan dalam Pekerjaan, Kesihatan dalam Pekerjaan dan Kelestarian Persekitaran Pekerjaan