24–25 Jun 2024
Intergrated Business Center CVIA Perlis
Asia/Kuala_Lumpur timezone

Konvensyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Institusi Pendidikan Tinggi 2024 merupakan konvensyen yang kali pertama dianjurkan oleh Majlis Bersama Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Institusi Pengajian Tinggi/Institusi Pembangunan dan Penyelidikan Malaysia (MBKKP IPT/IPP Malaysia). Kovensyen ini diadakan bagi mengumpulkan semua profesional KKP yang menjalankan tugas mengurus risiko KKP didalam kampus.

Ini bertujuan untuk menggalakkan proses perkongsian disemua kampus yang berkongsi aktiviti dan risiko yang sama yang wujud melalui pengajaran & pembelajaran serta penyelidikan. 

Konvensyen ini akan dijalankan selama 2 hari yang dipenuhi  dengan aktiviti pembentangan kertas kerja oleh profesional, bengkel perbincangan dan pameran. Terdapat 3 skop perbincangan iaitu Keselamatan dalam Pekerjaan, Kesihatan dalam Pekerjaan dan Kelestarian Persekitaran Pekerjaan  

OBJEKTIF KONVENSYEN

  • Platform menghimpunkan semua Profesional dari Universiti Awam yang menguruskan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  • Perkongsian amalan terbaik antara Institusi Pendidikan Tinggi dalam pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  • Meningkatkan kefahaman peserta konvensyen dalam isu-isu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di dalam pengajaran/pembelajaran dan penyelidikan
  • Memberi kesedaran kepada warga kampus dan umum tentang kepentingan bidang keselamatan & kesihatan pekerjaan
Starts
Ends
Asia/Kuala_Lumpur
Intergrated Business Center CVIA Perlis
Go to map
Surveys
There is an open survey.