Kategori ini menghimpunkan program webinar, taklimat dalam talian, sesi perkongsian ilmu dan latihan maya yang dianjurkan melalui SmartBay UniMAP. Peserta dimohon menyemak maklumat acara, kaedah pendaftaran, jadual program dan bahan rujukan yang disediakan.

ZERO HOUR: What Really Happens When Emergency Strikes

Webinar ini membawakan perkongsian pengalaman sebenar pengurusan tindak balas kecemasan di Malaysia bersama panel jemputan daripada NADMA, SMART dan BOMBA HazMat.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai realiti sebenar operasi kecemasan, meningkatkan kefahaman tentang koordinasi antara agensi, serta menghubungkan teori pengurusan kecemasan dengan amalan sebenar di lapangan.

Peserta juga akan memahami kepentingan kesiapsiagaan, tindakan awal, pengurusan risiko serta cabaran sebenar yang dihadapi semasa insiden kecemasan, termasuk insiden bahan berbahaya.

Mengapa anda perlu sertai?

  • Mendengar perkongsian terus daripada panel yang terlibat dalam operasi dan pengurusan kecemasan
  • Mendapat pendedahan yang lebih praktikal, realistik dan relevan
  • Memahami bagaimana keputusan dibuat dalam situasi kritikal
  • Menambah pengetahuan dalam bidang emergency response, koordinasi agensi dan chemical emergency response

Sesuai untuk:
Pelajar, staf universiti dan pihak industri yang berminat dalam pengurusan kecemasan dan tindak balas insiden.

Daftar sekarang dan link webex akan diberikan melalui emel sehari sebelum program berlangsung

Starts
Ends
Asia/Kuala_Lumpur
Webex Online
Registration
Registration for this event is currently open.