Kategori ini menghimpunkan program webinar, taklimat dalam talian, sesi perkongsian ilmu dan latihan maya yang dianjurkan melalui SmartBay UniMAP. Peserta dimohon menyemak maklumat acara, kaedah pendaftaran, jadual program dan bahan rujukan yang disediakan.

Speakers

Program ini menampilkan panel jemputan yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan kecemasan, koordinasi operasi serta tindak balas insiden di lapangan.

PgKB I Arjunaidi Bin Ismail
Ketua Penolong Pengarah Kanan (NADMA) di Seksyen Pelaksanaan Operasi (PO).
Beliau akan berkongsi perspektif berkaitan koordinasi operasi bencana, pengurusan tindak balas di peringkat kebangsaan serta cabaran penyelarasan antara agensi semasa insiden kecemasan.

PgKB II Mohamad Hafiezul Bin Abdul Halim
Ketua Seksyen Latihan / SHU A (SMART).
Beliau akan membawa perkongsian berkaitan pengalaman operasi, kesiapsiagaan responder, latihan dan pendekatan sebenar yang digunakan dalam pengurusan kecemasan di lapangan.

TPgB II Tc. Ahmad Naufal bin Abdullah
Ketua Cawangan Penyiasatan Kebakaran Zon 2 Kedah, JBPM Negeri Kedah / Hazmat & CBRNe Expert.
Beliau akan berkongsi pengetahuan berkaitan pengurusan insiden bahan berbahaya, aspek keselamatan responder, kawalan insiden serta cabaran dalam chemical emergency response.

Apa yang akan dikongsikan oleh panel?

  • koordinasi antara agensi semasa kecemasan
  • pengalaman sebenar operasi dan tindak balas insiden
  • cabaran membuat keputusan dalam situasi kritikal
  • pengurusan chemical emergency response dan keselamatan responder